Pada Hari Sabtu malam Ahad (02/01/2010) Majlis Dialog bersama Ketua Umno Bahagian Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin, MPPG, Johor Corp dan Johor Land Berhad anjuran Umno Cawangan dan Biro Kemasyarakatan & NGO Parlimen Pasir Gudang tidak dapat dilaksanakan dengan sampurna kerana wakil dari Pihak Johor Land tidak dapat menghadirkan diri pada malam tersebut walau pun kami mendapat tahu bahawa pihak Johor Land telah mengarahkan En Hishamudin dan En Azmi untuk hadir bagi mewakili JLB pada malam tersebut.
Oleh kerana tidak mendapat kata putus dari pihak Johor Land Berhad dan untuk mendapatkan Hak Penduduk, Pihak Umno Bahagian Pasir Gudang telah membawa Isu tersebut Ke Exco Perumahan Negeri Johor Di Nusajaya agar segala permasalahan dapat diselesaikan dengan sampurna serta mendapat kepuasan dari pihak Penduduk (Pemilik petak).