Perjumpaan dan perbincangan berkenaan dengan penyerahan badan pengurusan rumah pangsa taman mawar dengan YDP MPPG bertempat di tingkat 20 di menara Aqabah pada hari Jumaat bersamaan dengan 22/01/2010 tidak dapat dilaksanakan disebabkan ketiadaan YDP kerana ada urusan di Istana Besar Johor.
Ketidak fahaman dari pihak COB (MPPG) juga menjadi faktor ketidak berkesanannya menyelesaikan masalah ini.
Pihak penduduk menyerankan agar pihak COB(MPPG) untuk melihat sendiri akan maklumat yang di beri dan bukan hanya sekadar menerima lapuran namun tidak pernah untuk turun ketempat permasalahan yang dihadapi.
Perbincangan ditanguhkan dengan pihak Penduduk akan menulis serta menghantar kepada pihak COB bagi kemudahan mereka untuk menyelesaikan segala tuntutan dari pihak penduduk.